Monday, May 4, 2009

PEMILIK HAIWAN TERNAKAN YANG BERKELIARAN DI JALANRAYA BOLEH DI PENJARA ENAM BULAN ATAU DENDA RM500.

Pengguna jalanraya di daerah Tuaran, Sabah khususnya di Jalan Pantai Sulaman merasa amat tidak selesa bilamana jalanraya dipenuhi ternakan haiwan yang berkeliaran.

Terdapat haiwan ternakan terutama lembu, kuda dan kambing menyulitkan pengguna jalanraya terutama laluan yang menjadi jalan utama ke beberapa pusat tarikan pelancongan.

Antara pusat pelancongan di kawasan berkenaan ialah Rasa Ria Resort, Resort, Syabandar Resort, Mimpian Jadi Resort, Sulaman Lake Resort dan lain-lain lagi.

Menurut Seksyen 11 Local Government Ordinonce 1961 (No. 11 Of 1961), mempunyai peruntukan untuk mengambil tindakan kepada pemilik haiwan berkeliaran. Pesalah boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 6(1), kerana membiarkan haiwan ternakan berkeliaran di kawasan awam dan jalan raya.

Hukuman penjara selama 6 bulan dan denda RM500 boleh dikenakan kepada pemilik haiwan ternakan berkeliaran.