Sunday, October 2, 2011

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN 2011

Wakil SK. Fishing Enterprise Sdn Bhd (SKFishing) telah diberikan penghargaan untuk menghadiri Konvensyen Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS 2011) yang akan diadakan di Kompleks Tabung Haji Kota KinabLu pada 04 hingga 05 Oktober 2011.

Timbalan Ketua Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Permakanan akan merasmikan Konvensyen tersebut.

Sebanyak enam kertaskerja akan dibentangkan yang akan dirumuskan dalam sesi perbincangan / bengkel Komuniti Peladang, Psnternak & Nelayan HPPNS 2011.

Penyelaras SKFishing, Haji Noortaip Haji Suhaili akan mewakili syarikat tersebut bagi pengusaha Perikanan Laut Dalam kategori Bumiputera.

Konvensyen HPPNS 2011 adalah diantara progrem Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2011 yang dianjurkqn selama tiga hari bertempat di Tapak Tamu Koperasi Pembangunan Desa Teluk Likas.

Pelbagai acara telah disediakan termasuk pamiran hasil 'buah tangan' para peladang, penternak dan nelayan serta pelbagai jabatan, agensi, GLC kerajaan serta swasta yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian itu.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dijangka akan merasmikan HPPNS 2011 tersebut yang seterusnya akan menyampaikan anugerah "HIGH ACHIEVER" kepada pengusaha pelbagai bidang.

Antara anugerah High Achiever tersebut juga akan diberikan kepada pengusaha vesel Perikanan Laut Dalam untuk kategori Bumiputra.

Wednesday, September 21, 2011

SULAMAN LAKE RESORT MEMBERI RUANG UNTUK PEMBINAAN KOMPLEKS PERIKANAN BERSEPADU

Selain menempatkan Teratak Abah Fishing Village untuk aktiviti memancing, Sulaman Lake Resort akan menempatkan beberapa kemudahan untuk memajukan industri perikanan terutama Perikanan Laut Dalam.

Pada masa ini pengusaha telah menjalankan operasi menangkap ikan laut dalam melalui 10 buah vesel syarikat S.K.Fishing Enterprise Sdn Bhd dan 10 buah lagi vesel secara usaha sama dengan Tuaran Marine Park selain sebuah kapal pukat tunda pantai. Terdapat banyak lagi kapal-kapal laut dalam milik syarikat tempatan lain akan menfaatkan komeks ini kelak.

Pembinaan Kompleks perikanan bersepadu ini akanan menempatkan Jeti Pendaratan kapal, Kilang Aisbeku, Coldstorage dan Stesyen Minyak. Kompleks ini juga akanan dimantapkan lagi dengan pembinaan Limbongan Kapal untuk baik pulih vesel.

Kemuncak daripada itu ialah pengujudan Latihan Bersepadu untuk Modal Insan berkemahiran tinggi dalam industri berkenaan. Chalet yang sedia ada akan menempatkan peserta yang menyertai latihan teori dan amali secara jangka panjang.

Diharap kerajaan akan menyediakan dana yang mencukupi untuk melatih pendduduk tempatan yang hampir 90% diperlukan dalam jangka tempoh 10 tahun akan datang. Dalam tempoh tersebut, industri perikanan laut dalam ini dijangka akan dapat melatih lebih 2,000 peserta yang akan mengisi kekosongan tekong, kru dan tenaga teknikal tempatan kepada lebih 100 buah vesel pada masa akan datang.

Sebagai rujukan, pada masa ini tekong, kru dan pelbagai pekerjaan dalam vesel laut dalam dipenuhi oleh warga asing. Medeka didatangkan dari beberapa buah negara asing seperti Indonesia,
Philipina, Vietnam, Thailand, China dan lain-lain lagi.

TERATAK ABAH FISHING VILLAGE

Hubungi Ahmid Shikri Noortaip untuk mendapatkan keghairahan memancing di Teratak Abah Fishing Village.

Monday, August 3, 2009

CHALET FLOATING SULAMAN LAKE RESORT AKAN DIJADIKAN JETI MEMANCING


Bahagian floating Sulaman Lake Resort akan diubahsuai dan hanya dikhaskan untuk memancing sahaja dan tidak lagi seperti dahulu sebagai tempat penginapan.

Bilik-bilik yang terdapat di floating akan dikosongkan dan tidak lagi menyediakan kemudahan perhotelan seperti sebelum ini. Bagaimana pun bilik-bilik tersebut hanya akan disewakan kepada pemancing dengan kadar RM25.00 sebilik bagi setiap kemasukan. Masa check out juga kekal seperti biasa iaitu pada jam 12.00 tengahari.

Bagaimana pun pemancing boleh menyewa peralatan yang disediakan oleh pihak resort dengan kadar yang telah ditetapkan seperti berikut:-
1. Sewa memancing:- RM5.00 / pax.
2. Set Alat Memasak: - RM30.00

a. Rice cooker
b. Water boiler
c. Kuali
d. Pinggan / mangkuk
e. Pisau pemotong dan lain-lain
3. TV – 21” Mempunyai 5 saluran: - RM5.00
a. TV1
b. TV2
c. TV3
d. NTV7
e. 1 Saluran Astro
4. Set Tilam: - RM10.00
a. Tilam
b. Cadar
c. Bantal
d. Tuala
e. Sabun mandi
5. Kipas Angin: - RM5,00

Bagi kemudahan pelanggan, pihak resort akan menyediakan bahan-bahan makanan bermasak dan mentah / kering seperti:
1, Makanan bermasak mengikut menu
2. Makanan basah / kering runcit
3. Minuman dalam tin / botol

Monday, May 4, 2009

PEMILIK HAIWAN TERNAKAN YANG BERKELIARAN DI JALANRAYA BOLEH DI PENJARA ENAM BULAN ATAU DENDA RM500.

Pengguna jalanraya di daerah Tuaran, Sabah khususnya di Jalan Pantai Sulaman merasa amat tidak selesa bilamana jalanraya dipenuhi ternakan haiwan yang berkeliaran.

Terdapat haiwan ternakan terutama lembu, kuda dan kambing menyulitkan pengguna jalanraya terutama laluan yang menjadi jalan utama ke beberapa pusat tarikan pelancongan.

Antara pusat pelancongan di kawasan berkenaan ialah Rasa Ria Resort, Resort, Syabandar Resort, Mimpian Jadi Resort, Sulaman Lake Resort dan lain-lain lagi.

Menurut Seksyen 11 Local Government Ordinonce 1961 (No. 11 Of 1961), mempunyai peruntukan untuk mengambil tindakan kepada pemilik haiwan berkeliaran. Pesalah boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 6(1), kerana membiarkan haiwan ternakan berkeliaran di kawasan awam dan jalan raya.

Hukuman penjara selama 6 bulan dan denda RM500 boleh dikenakan kepada pemilik haiwan ternakan berkeliaran.

Thursday, April 9, 2009

Sulaman Lake Resort ceburi pelancongan laut dalam

Sulaman Lake Resort Sdn Bhd melalui anak syarikatnya, SKFishing Enterprise akan menceburi bidang pelancongan laut dalam. Syarikat ini telah mendapat lesen menangkap ikan laut dalam menggunakan pukat jerut dan rawai.

Ketika itu para pelancong boleh menyertai pakej melancong di kawasan laut dalam sambil menyertai kakitangang syarikat menangkap ikan dengan menggunakan pukat jerut / rawai. Jika para pelancong minat memancing laut dalam, mereka diberikan sesi memancing melalui skip / light boat di kawasan unjam yang dibina di laut dalam.

Wednesday, April 8, 2009

SKFISHING INGIN MEMBELI BOT PUKAT JERUT NELAYAN LAUT DALAM (DEEPSEA FISHING BOAT)

SKFishing ingin membeli bot baru / terpakai buatan tempatan. Berat badan bot 70 GRT, berukuran minima 'panjang 75 kaki x 18 kaki lebar dan 8 kaki dalam' dan berusia kurang dari 10 tahun (terpakai). Penjual boleh menghubungi 088791500, Fax: 088794788, HP: 0148683732 atau sulamanlakeresort@yahoo.com