Sunday, October 2, 2011

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN 2011

Wakil SK. Fishing Enterprise Sdn Bhd (SKFishing) telah diberikan penghargaan untuk menghadiri Konvensyen Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS 2011) yang akan diadakan di Kompleks Tabung Haji Kota KinabLu pada 04 hingga 05 Oktober 2011.

Timbalan Ketua Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Permakanan akan merasmikan Konvensyen tersebut.

Sebanyak enam kertaskerja akan dibentangkan yang akan dirumuskan dalam sesi perbincangan / bengkel Komuniti Peladang, Psnternak & Nelayan HPPNS 2011.

Penyelaras SKFishing, Haji Noortaip Haji Suhaili akan mewakili syarikat tersebut bagi pengusaha Perikanan Laut Dalam kategori Bumiputera.

Konvensyen HPPNS 2011 adalah diantara progrem Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2011 yang dianjurkqn selama tiga hari bertempat di Tapak Tamu Koperasi Pembangunan Desa Teluk Likas.

Pelbagai acara telah disediakan termasuk pamiran hasil 'buah tangan' para peladang, penternak dan nelayan serta pelbagai jabatan, agensi, GLC kerajaan serta swasta yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian itu.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dijangka akan merasmikan HPPNS 2011 tersebut yang seterusnya akan menyampaikan anugerah "HIGH ACHIEVER" kepada pengusaha pelbagai bidang.

Antara anugerah High Achiever tersebut juga akan diberikan kepada pengusaha vesel Perikanan Laut Dalam untuk kategori Bumiputra.

No comments:

Post a Comment